Garis masa Kepungan Hama

Pada 1 Julai 2011, lebih 400,000 penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi terbesar menentang Bashar al-Assad di hama. Selepas itu, Presiden Assad memecat Gabenor Hama. Kereta kebal Syria dikerahkan ke Hama dan menyaksikan 20 orang awam yang dibunuh oleh pasukan keselamatan Syria dan dua kes rogol berlaku.

Hama menjadi pusat pemberontakan 2011 menentang Assad. Pada 3 Jun, puluhan ribu penunjuk perasaan telah mengambil jalan-jalan di Hama untuk menyatakan penentangan mereka kepada kerajaan. Mereka menjadi sasaran polis rahsia dan angkatan tentera.

Pada 3 Julai, kerajaan Syria menghantar tentera Syria dalam usaha membasmi perbezaan pendapat yang berterusan pada malam Ramadan .

Pada 6 Julai, Duta Amerika Syarikat Robert Ford telah mengadakan lawatan mengejut ke bandar Hama dan meberi inspirasi kepada rusuhan. Syria berang dengan lawatan tersebut.Pada 8 Julai, lebih 500,000 penduduk Syria membanjiri bandar Hama sebagai membantah kerajaan Presiden Bashar al-Assad .

Kedutaan Amerika Syarikat di Damsyik memberitahu Al Jazeera bahawa Duta Robert Ford menyaksikan sendiri keganasan di Hama.Dia sendiri melihat seorang remaja dipukul dengan kayu di pusat pemeriksaan. Duta Perancis turut menyatakan sokongan terhadap kebangkitan rakyat Syria. Pada 7 Julai duta Perancis dan Amerika ke Syria melawat beberapa lokasi panas. Duta Amerika , Robert Ford dan Duta Perancis Chevallier Éric melawat bandar Hama .

Pada 8 Julai, kereta kebal dikerahkan ke sekitar pinggir Hama dan sekatan jalan dilakukan. Lebih 500,000 rakyat telah berhimpun di bandar raya ini pada 29 Julai, berikutan ulama yang pro-pemberontak berdoa agar "rejim mesti pergi" . Pada 30 Julai , sokongan tempatan kepada rejim Assad telah meningkat di Homs , Deir ez-Zor dan Hama. Dilaporkan bahawa Presiden Assad telah menghantar "Bas Pengganas" yang penuh dengan militia Alawite dan penyokong setia parti pergi ke bandar Hama pada 30 Julai untuk menyatakan sokongan kepada Presiden Assad.